AsSalam,
Apa beza kelebihan berdoa tampa usaha dengan berdoa dan berusaha;
Kisah terjadi pada diri saya dimana saya diserang sakit gigi dalam masa yang sama saya berpuasa.Sakitnya
mashaAllah....nak buka puasa dan makan ubat rasa sayang,lalu saya teruskan juga berpuasa.Waktu berbuka
langsung tak dapat mengunyah makanan kecuali minum sahaja dan makan pil tahan sakit.Sebelumnya waktu
selepas sembahyang wusta saya terus berdoa tampa berusaha makan ubat..namun sakit gigi tetap tak ber-
kurang.Lalu selepas solat maghrib saya lakukan berdoa dengan doa jika kita diserang sakit gigi mengikut
cara-cara yang ajarkan.Seterusnya begitulah usaha saya selepas solat isyak saya sekali lagi berdoa dengan
doa sakit gigi tadi dan usaha terakhir saya dengan makan lagi ubat sakit gigi...Alhamdullillah beberapa minit
sahaja selepas itu saya kembali dapat mengunyah makanan dan hari ini saya dapat melakukan aktiviti harian
saya dengan penuh gembira.
Kepada anda diluar sana,berusahalah tampa melupakan berdoa,lalu kita bertawakkal kepada Allah.
Amin...
