*Dalam Islam, justeru perempuan dianggap sangat bernilai dan berharga. Analoginya, benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang perempuan. (agama Islam hadir ketika manusia di zaman itu memandang sangat rendah kepada perempuan sehingga bayi perempuan yang baru dilahirkan harus dibunuh).
*Perempuan perlu taat kepada suami, tetapi tahukah anda, bahawa menurut Islam seorang lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya? Bukan berarti bapa tidak ada nilainya, kerana untuk nama keturunan, tetap menggunakan nama bapa. Nama keluarga seorang perempuan setelah bersuami tidak akan hilang seperti halnya di Barat, kerana tetap akan ditanya "binti siapa?"
*Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah anda, bahawa harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya unuk isteri dan anak-anaknya.
*Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukan anda bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah anda bahawa jika ia mati kerana melahirkan, syahid dan syurga menantinya.
*Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggungjawaban terhadap 4 perempuan, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang perempuan tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
*Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga yang mana saja, iaitu: Solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.
*Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi perempuan jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Memang tidak sedikit perempuan muslim zaman sekarang yang kurang menyadari hal ini dan menganggap bahawa apa yang tercantum dalam Al-Quran dan hadis membelenggu mereka, padahal tidak. Sekali lagi, jangan membaca atau mengutip ayat sepotong saja.
Apa yang saya tuliskan ini, mungkin tidak akan dapat anda mengerti dengan baik jika anda tidak mengenali Isalm dengan baik tanpa syak wasangka berlebihan. Jika dengan prasangka, maka tulisan saya pun akan anda jadikan bahan untuk lebih menghina Islam.
Tolong diingat, saudaraku... Menghina umat beragama lain hanya dengan sepenggal ayat, apalagi ditambah dengan syak wasangka, tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali kebencian dan dendam.
Ajaran Islam menyatakan seperti yang ditulis oleh saya diatas, "lakum diinukum waliadiin/untukmu agamamu, untukku agamaku". Penganut Islam yang baik tidak akan mengganggu pihak lain jika aqidah dan keyakinannya tidak diobrak abrik oleh pihak lain tersebut.
Wassalam,

No comments:
Post a Comment